Layak Ke Piala Asia 2019 Patut Jadi Sasaran Vingada – Shebby

Image may contain: 1 person, smiling, standing, text and outdoor

Kuala Lumpur : Bekas pemain kebangsaan Serbegeth Singh percaya jurulatih Harimau Malaya Nelo Vingada tidak perlu mengorbankan kempen kelayakan Piala Asia 2019 untuk membentuk pasukan masa depan.

Beliau berkata, layak ke pusingan akhir Piala Asia 2019 seharusnya menjadi sasaran Vingada dan jika tidak berjaya ia tetap dianggap kegagalan besar meskipun pengendali dari Portugal itu baru dilantik Mei lalu.

“Saya tak setuju yang kita perlu mengorbankan pusingan kelayakan ini untuk Vingada uji pemain bagi membentuk pasukan baru.

“Layak beraksi di pusingan akhir Piala Asia 2019 seharusnya menjadi sasaran kita dan jika tak berjaya, itu boleh dikatakan kegagalan besar.





“Saya percaya di Malaysia, kita memiliki ramai pemain berbakat dan dengan kehadiran jurulatih bagus, kita boleh membentuk skuad mantap

“Apa yang penting Vingada perlu memilih pemain sesuai dengan taktikal dan menggunakan strategi terbaik ketika perlawanan.

“Memang kita mahukan pembaharuan dan peningkatan pasukan, tapi tak perlu sampai kita perlu lepaskan peluang layak ke Piala Asia dengan alasan masih dalam proses membentuk pasukan.” Ujar Shebby.

“Kita masih ada peluang untuk layak, sepatutnya kita seri dengan Lubnan kerana kekuatan kita dengan lawan tidak banyak beza.

Sekarang terpulanglah kepada Vingada sama ada beliau berani melakukan rombakan kerana pada saya ada pemain senior sudah tidak sepatutnya dipanggil,” tegas Shebby.