Enzo Zidane Tinggalkan Real Madrid

ANAK lelaki Zinedine Zidane, Enzo, 22, telah meninggalkan kelab juara Eropah itu untuk menyertai Alaves.

Bekas pemain Perancis bawah 19 tahun itu, yang melangkah ke akademi di Madrid, telah menandatangani kontrak tiga tahun dengan Alaves, salah satu kelab dalam La Liga, yang menduduki tangga kesembilan musim lalu.





Dia telah menjaringkan satu-satunya gol dalam penampilan bersama Real Madrid dalam perlawanan Piala Raja menentang Cultural Leonesa musim lepas.

Enzo telah bermain 78 perlawanan untuk Real Madrid Castilla, pasukan simpanan kelab, menjaringkan tujuh gol.

“Deportivo Alaves mahu mengalu-alukan Enzo Zidane dan berharap dia akan menjadi yang terbaik untuk musim baru,” kata kenyataan di laman web rasmi Alaves.