John Terry Sertai Aston Villa

Image result for terry aston video

Terry bersetuju menandatangani kontrak selama 12 bulan bersama Villa demi masa depan melanjutkan karier permainan dengan menyertai Liga Kejuaraan.

Dia akan menyertai kelab dibimbing Steve Bruce selepas menolak sekurang kurangnya 10 tawaran daripada kelab lain dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Liga Turki.





Terry, juga bekas kapten England, 36 menerima tawaran daripada kelab seperti Galatasaray, West Bromwich Albion (WBA) dan Swansea tetapi mahu menyertai Villa selepas mengadakan perbincangan lanjut bersama kelab itu sejak beberapa hari lalu.

Difahamkan kontraknya bernilai £60,000 seminggu (RM335,000) dengan bonus membabitkan pakej keseluruhan melebihi £4 juta pound (RM22.3 juta) setahun.