Kritik Mutu Pengadilan, Dollah Bakal Berdepan Tindakan

Dollah berdepan tindakan oleh FAM

Timbalan Presiden, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Wira Yusoff Mahadi, tidak menolak kemungkinan Dollah Salleh, boleh dikenakan tindakan atas kenyataannya mengkritik mutu pengadilan pada perlawanan di antara Felda dan Pahang, kelmarin.

Yusoff menjelaskan dia akan menyerahkan perkara itu sepenuhnya kepada Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib, Datuk Baljit Singh Sidhu sama ada terdapat sebarang kes terhadap kenyataan Dollah.

Walaupun memahami Dollah merujuk kepada kelemahan mutu pengadilan pada hari perlawanan namun Yusoff menegaskan sesiapa sahaja tidak terlepas daripada sebarang hukuman jika didapati melanggar peraturan sedia ada.

“Saya fikir pihak Jawatankuasa Tatatertib akan mengambil kenyataan Dollah dan menilai sama ada perlunya mengambil tindakan. Saya enggan mengulas lanjut biarlah pihak jawatankuasa yang menilai,” jelas Yusoff.





Dalam pada itu, Yusoff menjelaskan isu kelemahan mutu pengadilan adalah bersifat subjektif dengan mana-mana pasukan tidak terkecuali menjadi mangsa.

Yusoff turut menjelaskan bahawa isu kelemahan mutu pengadilan adalah subjektif dengan mana-mana pasukan tidak terkecuali menjadi mangsa.

“Kenyataan Dollah Salleh berbaur prejudis dan mampu menghilangkan kepercayaan rakyat Malaysia terhadap bola sepak negara kita,” tambahnya.