Terence Kongolo Perkukuh Benteng Monaco

Image result for Terence Kongolo monaco

Juara Ligue 1, AS Monaco, sah mendapatkan khidmat pemain pertahanan Feyenoord, Terence Kongolo, menerusi perjanjian selama lima tahun.

Pemain Belanda itu baru sahaja memperbaharui kontrak bersama juara Eredivisie itu pada April lalu, namun memilih untuk meninggalkan kelab yang disertainya sejak remaja pada 2002.





Kongolo membuat 23 penampilan pada musim ini dan bersedia untuk membantu skuad bimbingan Leonardo Jardim itu mempertahankan kejuaraan.

“Saya sangat berbesar hati menyertai AS Monaco,” katanya dalam laman sesawang rasmi kelab.

“Saya akan melalui cabaran baru bersama kelab berprestij yang bercita-cita besar.

“Saya teruja untuk menemui kakitangan, rakan sepasukan yang baru dan melakukan yang terbaik di atas padang untuk membantu pasukan ini.”

Pemain berusia 23 tahun itu pernah dikaitkan dengan Everton dan Bayer Leverkusen ekoran penampilan cemerlangnya di De Kuip.

Kongolo mempunyai dua penampilan bersama pasukan kebangsaan dan beraksi dalam Piala Dunia 2014.