Arsenal Tandatangani Lacazette Yang Bernilai RM292.31 juta

Image result for Alexandre Lacazette

LYON 6 Julai – Arsenal kini sah menandatangani penyerang Perancis, Alexandre Lacazette daripada kelab Lyon dengan yuran perpindahan mencecah 60 juta euro (RM292.31 juta) yang juga tertinggi pernah dibelanjakan oleh The Gunners.

Difahamkan jumlah perpindahan itu juga adalah rekod tertinggi buat kelab Ligue 1 apabila menjual pemain itu dengan nilai 53 juta euro (RM258.18 juta) seperti kenyataan dalam laman sesawang Lyon.





Jumlah yuran perpindahan itu mengatasi nilai 50 juta euro (RM243.62 juta) yang dibayar Arsenal ketika membawa mendapatkan Mesut Ozil daripada Real Madrid pada 2013.

Arsenal mendedahkan bahawa pemain berusia 26 tahun itu menandatangani kontrak jangka panjang sehingga lima tahun. – AFP