Sukan SEA: Malaysia Terlepas Kumpulan Maut

PETALING JAYA: Skuad Datuk Ong Kim Swee terlepas daripada kumpulan ‘maut’ bagi saingan Sukan SEA Ogos ini.

Pada majlis undian yang berlangsung Sabtu, Malaysia berada dalam Kumpulan A bersama pemenang pingat perak temasya 2015 iaitu, Myanmar diikuti Singapura, Laos dan Brunei.





Manakala pemegang pingat emas dua tahun lalu, Thailand dan Vietnam (gangsa) berada dalam Kumpulan B bersama Indonesia, Kemboja, Timor Leste dan Filipina.