Wayne Rooney Kembali Ke Everton

Wayne Rooney was at Finch Farm to undergo a medical

SEBAIK sahaja selesai urusan pemeriksaan kesihatan, Wayne Rooney dijangka akan menjadi milik Everton.

Penyerang Manchester United itu  tiba di pusat latihan Finch Farm bagi menjalani pemeriksaan kesihatan dan sekaligus mengesahkan laporan sebelum ini mengenai perpindahan percuma ke Everton.

Rooney,31, turut memberhentikan kenderaannya untuk melayan beberapa penyokong Everton yang berada di pusat latihan tersebut.

Sebelum ini Sportsmail melaporkan, Rooney bersetuju kembali ke kelab lamanya itu biarpun 50 peratus gajinya berkurangan.





Wayne Rooney was snapped at Everton's training ground on Saturday

Rooney dijangka bakal menerima gaji 150,000 pound seminggu di Goodison Park, pemain yang menerima bayaran tertinggi di Everton.

Rooney yang berpindah secara percuma dilaporkan menerima pampasan 10 juta pound dari United.

Untuk rekod, Rooney meninggalkan The Toffees ketika berusia 18 tahun pada musim 2004 selepas menyertai program remaja di kelab itu.