VIDEO Komen Subkhiddin Keputusan Kontroversi Pengadil Terengganu Bertemu JDT

Kontroversi bola terkena tangan ketika perlawanan Terengganu bertemu JDT masih hangat diperkatakan.

Reaksi dan Komen Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Subkhiddin Mohd Salleh mengenai mutu pengadilan FAM amat dinanti-nantikan para penyokong pasukan Terengganu.

Bercakap kepada pihak TV3, Subkhidin memberi komen mengenai mutu pengadilan terutama keputusan kontroversi pengadil tidak memberikan penalti buat pasukan terengganu selepas pemain JDT sengaja menolak bola dengan tangan.





Beliau mengakui beberapa kesilapan pengadil dalam membuat keputusan untuk perlawanan itu dan perlawanan yang lain.

Pihak FAM telah mengambil keputusan memanggil kesemua pengadil yang terlibat dan membuat pengantungan tugas sementara terhadap kesemua pengadil tersebut.