Cools Tiada Jawapan Untuk Sertai Harimau Malaya

Cools tiada jawapan untuk sertai skuad negara

Ketua jurulatih skuad negara, Nelo Vingada, tidak menolak kemungkinan akan menghubungi pemain berdarah campuran Malaysia-Belgium, Dion Cools, untuk mendapatkan kepastian mengenai kesediaannya membantu skuad negara.

Pemain pertahanan kelahiran Kuching, Sarawak itu kini bermain untuk kelab Brugge KV dalam Divisyen Pertama Belgium A dan turut berada dalam skuad bawah-21 tahun Belgium.

“Jika anda rasa (Cools) ada kemungkinan untuk mewakili skuad (senior) kebangsaan Belgium, sudah tentu ia tahap yang lain dan saya hormatinya.

“Tetapi jika tidak boleh bermain di sana dan dia boleh bermain dalam tahap kita, kerana saya percaya tahap kita, masa depan kita baik. Ia akan menjadi lebih hebat,” katanya.





Terdahulu, Nadi Arena pada 25 Jun lalu berjaya mendapatkan reaksi Cools di Brussels.

Pemain berusia 21 tahun itu menegaskan peluang kariernya lebih cerah di sana, bagaimanapun dia akan membuat pertimbangan jika Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menghubunginya dalam masa terdekat.

“Terdapat nombor saya jika mereka mahu menghubungi saya. Mereka boleh menghantar masej kepada ibu atau pengurus saya pada bila-bila masa.

“Mereka (ibu atau pengurus) tahu jawapan saya, bahawa saya mahu meningkatkan kerjaya saya setinggi boleh.

“Untuk pergi ke Malaysia saya tidak tahu jawapannya sekarang. Mungkin suatu hari nanti saya akan cakap tetapi saya dalam keadaan baik di mana saya berada sekarang,” katanya.

Pencapaian terbaik Dion Cools

• Juara Liga Belgium: 2015/16
• Naib juara Liga Belgium: 2016/17
• Juara Piala Super Belgium: 2016
• Naib Juara Piala Belgium: 2015/16

stadiumastro