Harimau Malaya Hanya Ada Dua Penyerang Tempatan Yang Terbaik – Vingada

Selepas memantau aksi pemain Liga Malaysia (Liga-M) sejak awal bulan ini, pengendali Harimau Malaya Nelo Vingada mengakui sukar untuk mencari pemain bagi mengisi posisi penyerang.

Pengendali dari Portugal itu berkata, dominasi pemain import dalam Liga-M membuatkan pemain tempatan tenggelam.

Setakat ini, beliau hanya memiliki dua penyerang yang dianggap terbaik dalam liga tempatan iaitu Safee Sali dan Ahmad Hazwan Bakri dan yang lainnya tidak mencapai tahap yang beliau inginkan.

Vingada perlu mencari pemain penyerang sekiranya berlaku kecederaan ke atas dua penyerang sedia ada.

“Secara jujurnya memang sukar untuk mencari penyerang, kami menonton banyak perlawanan dan kebanyakan pasukan menggunakan pemain import. Untuk mendapatkan pemain penyerang tempatan lebih sukar berbanding posisi lain.

“Sekarang kita mempunyai Hazwan (Bakri), dia sememangnya penyerang yang memiliki pergerakan baik, berbeza dengan Safee (Sali) sebagai ‘target man’. Tapi sekarang Safee cedera dan terpaksa berehat dua bulan, jadi kami kena mencari pemain lain.

“Jika kami dapat penyerang yang memiliki kepantasan, boleh melakukan serangan balas pantas serta memiliki ketinggian, ia bagus untuk pasukan,” kata Vingada kepada pemberita dalam sidang media bulanan skuad kebangsaan semalam.

Vingada yang dilantik Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Mei lalu untuk membimbing Harimau Malaya kini sedang giat melakukan persiapan sebelum aksi kelayakan Piala Asia 2019 menentang Hong Kong di Stadium Hang Jebat pada 5 September depan.

Sebelum perlawanan itu, Malaysia yang tewas 1-2 di tangan Lubnan pada kempen kelayakan Kumpulan B di Larkin.

13 Jun lalu akan turun beraksi dalam aksi persahabatan dengan Syria di Melaka pada 22 Ogos, bertemu Macau di Macau (25 Ogos) dan Myanmar di Yangon (29 Ogos).

“Kita pernah menentang Macau dalam aksi persaha- batan di Melaka tahun lalu dan seri 0-0, jadi boleh buat perbandingan mengenai prestasi pasukan sekarang.

“Pada saya, Macau dah Hong Kong tidak jauh berbeza jadi ia perlawanan yang baik untuk pasukan sebelum aksi kedua kelayakan September nanti,” kata Vingada

Sesi latihan pusat skuad kebangsaan akan bermula pada 14 Ogos depan dengan Vingada merancang memanggil 24 pemain.





“Apa yang menjadi kebimbangan saya adalah untuk mencari penyerang serba boleh bagi memberi lebih pilihan kerana Safee masih mengalami kecederaan dan direhatkan selama dua bulan.

“Sejujurnya kita sedang menghadapi masalah untuk mencari penyerang terbaik dan ia bukan sesuatu yang mudah kerana setiap kali saya turun melihat perlawanan liga, kebanyakan pasukan menurunkan penyerang import.

“Saya akan berusaha untuk menyelesaikan masalah ini,” kata Vingada pada sidang akhbar di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Dalam perkembangan lain, Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Subahan Kamal mendedahkan, pihaknya telah merancang untuk mengadakan tiga perlawanan persahabatan sebagai persiapan sebelum terbang ke Hong Kong.

Jelas Subahan, mereka mahu memburu kemenangan pertama pada kempen kelayakan Piala Asia 2019 bertemu Hong Kong nanti.

Menurut beliau, FAM hanya menunggu persetujuan Syria sama ada mahu mengadakan perlawanan persahabatan atau tidak.

“Kami akan mengadakan beberapa perlawanan persahabatan sebagai persiapan skuad kebangsaan sebelum berlepas ke Hong Kong nanti bermula dengan aksi menentang Macau di Macau (25 Julai) dan Myanmar di Yangon pada 29 Julai ini.

“Buat masa ini, kami masih menunggu persetujuan daripada Syria dan jika mereka berminat, satu perlawanan persahabatan akan diadakan pada 22 Julai.

“Buat masa ini, sesi latihan pusat Harimau Malaya akan berlangsung di Melaka dan saya percaya kita perlu mempersiapkan pasukan dalam keadaan terbaik sebelum berlepas ke Hong Kong kerana kami mahu memburu kemenangan pertama di sana,” ujarnya.