VIDEO Skuad Kim Swee Benam Myanmar B22

Skuad Datuk Ong Kim Swee menang dengan bergaya ke atas Myanmar di Shah Alam dalam perlawanan persahabatan antarabangsa B-22 dengan pasukan Myanmar.

Ia adalah kemenangan penting sebelum skuad B-22 negara kita beraksi di kelayakan Piala AFC B-23 serta Sukan SEA selepas ini.

Malaysia ternyata pasukan yang lebih baik di dalam perlawanan ini. Malaysia mendahului menerusi Thanabalan pada separuh masa pertama. Jaringan Thanabalan pada minit ke-26, adalah berpunca daripada situasi bola mati.

Myanmar cuba membalas gol tersebut dengan mencipta beberapa peluang namun mereka gagal menyudahkannya. Ia juga disukarkan oleh pertahanan dan penjaga gol Malaysia yang bertahan.

Perlawanan dihentikan beberapa minit pada separuh masa pertama kerana hujan lebat dan angin yang kencang membuatkan ada objek terjatuh dari bahagian bumbung stadium.





Pada separuh masa kedua, Malaysia mengekalkan cengkaman di dalam perlawanan ini walaupun keadaan padang semakin teruk dengan takungan air. Ifwat Akmal dan penjaga gol simpanan Amirul Hakimi masing-masing cemerlang.

Danial Ashraf menutup rapat sebarang kemungkinan untuk Myanmar bangkit dengan gol pada minit ke-87.

Secara taktikal, Datuk Ong Kim Swee menggunakan 4-3-3 dan bertahan dengan formasi 4-5-1.

Namun Datuk Ong Kim Swee mengakui pasukan Malaysia lebih kepada permainan teknikal pada separuh masa kedua. Selepas ini, skuad kebangsaan akan ke Bangkok untuk perlawanan kelayakan Piala AFC B-23.

Datuk Ong Kim Swee berharap beliau dapat melihat kelibat beberapa lagi pemain melaporkan diri ke kem beliau.

Kami di semuanyaBOLA ucapkan tahniah ke atas skuad muda kita yang berjaya menang dalam perlawanan ini selepas dibelenggu beberapa kekangan untuk datang ke Kuala Lumpur.

Mereka dilaporkan hanya dikumpul bersama dalam masa 24 jam sebelum perlawanan ini.

First Eleven: 19-Ifwat Akmal Chek Kassim (PG); 5-Adib Zainudin (K), 17-Irfan Zakaria, 9-Adam Nor Azlin; 23-Ariff Farhan Md Isa, 7-Amirul Hisyam Awang Kechik, 16-Danial Amier Norhisham, 21-Syazwan Andik Ishak; 12-N Thanabalan, 11-Jafri Firdaus Chew, 20-Syafiq Ahmad.

Reserve: 1-Ahmad Solehin Mamat (PG), 2-Raphi Azizan Mariappen, 3-Syazwan Zaipol Bahari, 4-L Kalaiharasan, 8-Danial Ashraf Abdullah, 10-Akhyar Rashid, 13-Tommy Mawat Bada, 14-Nur Shamie Iszuan Amin, 15-Sean Eugene Selvaraj, 18-Fauzan Fauzi, 22-Amierul Hakimi Awang (PG).

Semuanyabola