Bekas Jurulatih Mahu Heret FAM Ke Mahkamah Atau FIFA

Image result for Aminuddin Hussin jurulatih

Kuala Lumpur: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bakal diheret ke mahkamah, malah sehingga ke Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), sekiranya gagal menyelesaikan isu tunggakan baki gaji lima bekas jurulatih skuad utama kebangsaan dan skuad bawah 22 tahun negara (B-22).

Bekas penolong jurulatih B-22 Aminuddin Hussin berkata, pihaknya berharap FAM tidak mengambil sikap tunggu dan lihat berhubung isu berkenaan kerana beliau serta tiga jurulatih lain kini sengsara tanpa sumber pendapatan sejak dipecat penghujung Mac lalu.

“Daripada kami berlima, hanya seorang (Megat Amir Faizal Ibrahim) berjaya mendapat kerja selepas dipecat apabila bersama FELCRA FC sebagai jurulatih penjaga gol.

“Selebihnya agak sukar untuk mendapatkan kerja baru kerana kebanyakan pasukan sudah mempunyai barisan kejurulatihan dengan liga sedang berlangsung.

“Kami hanya mahukan hak kami yang tertulis dalam kontrak sebelum ini. Kami sudah mengemukakan dua rayuan kepada FAM memohon baki gaji, namun gagal.





“Oleh itu, kami tidak akan teragak-agak untuk membawa perkara ini ke mahkamah atau mungkin FIFA,” katanya.

Sementara itu Pengkritik Serbegeth Singh menyelar tindakan kurang profesional Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) apabila menyamakan kegagalan badan induk itu menyelesaikan tunggakan gaji lima bekas jurulatih negara dengan Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA).

Katanya, pendedahan media mengenai keengganan FAM membayar penuh pampasan kontrak antara tujuh hingga sembilan bulan kepada jurulatih tempatan berkenaan cukup kejam berbanding KAFA yang hanya mengalami masalah kelewatan membayar gaji pemain mereka.

“Bagi saya KAFA dan FAM dua kali lima. Rasanya tiada bezanya, dua-dua sama saja. FAM kena cermin diri dulu kerana tindakan mereka juga tidak betul,” katanya ketika dihubungi semalam.

“Seharusnya apabila FAM dipimpin pentadbiran baru mereka perlu menunjukkan contoh yang baik kepada semua ahli gabungan.