Keisuke Honda Berhijrah Ke Liga Mexico

Image result for Keisuke Honda

Bintang Jepun, Keisuke Honda, memilih untuk memperkasakan Pachuca, demikian disahkan kelab Liga MX itu.

Pemain berusia 31 tahun itu menjadi ejen bebas selepas meninggalkan AC Milan pada penghujung musim lalu.





Honda dilihat menjalani latihan di Orange County, California, dan perkembangan itu secara tidak langsung menerbitkan khabar angin dia akan menyertai pasukan Liga Bolasepak Utama (MLS), LA Galaxy.

Bagaimanapun, pemain tengah menyerang itu memutuskan untuk berhijrah ke Mexico, dengan Pachuca mengumumkan kehadirannya menerusi laman sosial Twitter.

Honda kemudian mengesahkan berita itu dalam bahasa Sepanyol menerusi laman sosial peribadinya, Twitter: “Saya baru sahaja memeterai perjanjian dengan Pachuca di Mexico. Saya harap dapat bertemu peminat tidak lama lagi.”

Bekas tonggak CSKA Moscow itu sempat dikaitkan dengan Galatasaray selepas hanya diberi peluang dalam sembilan perlawanan sahaja oleh Vincenzo Montella, musim lalu.