VIDEO Rooney Ledak Gol Pertama Bersama Everton

Image result for wayne rooney everton

Dar es Salaam: Penampilan pertama Wayne Rooney dengan jersi Everton berakhir dengan kejayaan apabila dia meledak gol pada perlawanan persahabatan menentang kelab Kenya Gor Mahia di Tanzania, semalam.

Pemegang rekod penjaring terbanyak England itu tampil buat kali pertama sejak kembali ke pangkuan Everton dari Manchester United selepas 13 tahun di Old Trafford.





Dan Rooney menceriakan penonton dengan menjaringkan gol jarak jauh bagi membantu Toffees menang 2-1 pada perlawanan pra musim pertama kelab Liga Perdana Inggeris itu di Afrika Timur.

Pemain muda Kieran Dowell menjaringkan gol kemenangan Everton.

Everton sedang dalam kempen jelajah pra musim dan memilih benua itu sebagai medan persiapan selepas menandatangani kontrak dengan syarikat Kenya SportPesa yang akan menjadi penaja jersi kelab berkenaan.