Barcelona Tawar RM400 Juta Untuk Coutinho

Image result for Philippe Coutinho barcelona

BARCELONA 21 Julai – Barcelona dilaporkan sudah mengemukakan tawaran sebanyak 72 juta pound (RM400.32 juta) bagi mendapatkan khidmat Philippe Coutinho daripada Liverpool ketika penyerang mereka Neymar sedang dikaitkan dengan perpindahan ke Paris Saint-Germain (PSG).

The Catalan sedang berusaha untuk mengekalkan khidmat penyerang Brazil mereka dan berkemungkinan akan meletakkan harga 197 juta pound (RM1.09 bilion) kepada gergasi bola sepak Perancis itu.





Bagaimanapun, Liverpool dijangka menolak tawaran untuk pemain bintang mereka yang sudah menandatangani kontrak jangka panjang tahun lalu.

Barcelona yang sememangnya meminati Coutinho dilihat berminat untuk membawa masuk pengganti kepada perancang utama mereka Andres Iniesta yang kini berada dalam tahun akhirnya di Nou Camp.-AGENSI