Anthony Martial Tidak Berminat Ke Inter Milan

 

LONDON 20 Julai – Penyerang Manchester United, Anthony Martial tidak berminat untuk berhijrah ke Inter Milan dan berazam untuk berebut tempat dalam kesebelasan utama musim hadapan.

Bintang Perancis itu berdepan kesukaran untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama pada musim kedua di bawah kendalian Jose Mourinho dan hanya menjaringkan sembilan gol daripada 45 penampilan.





Minat United untuk mendapatkan Ivan Perisic meletakkan masa depan Martial dalam keadaan sukar dan terdapat laporan meyatakan bahawa gergasi Serie A itu berminat mendapatkan bekas bintang Monaco itu.

Ahli Lembaga Pengarah United terbuka untuk melepaskan Martial tetapi pemain Perancis itu percaya dia mampu mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama Mourinho.-AGENSI