Bojan Hodak Dilantik Sebagai Ketua Jurulatih Skuad B-19 Kebangsaan

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebentar tadi telah mengumumkan perlantikan bekas pengendali Kelantan dan JDT, Bojan Hodak selaku Ketua Jurulatih skuad B-19 kebangsaan.

Dalam satu sidang media yang diadakan di Kuala Terengganu itu, FAM turut mengumumkan perlantikan Naib Presiden FAM, Datuk Abdul Ghani Hassan selaku pengurus pasukan.

Kewibawaan Bojan tidak perlu diperdebatkan lagi apabila keupayaan beliau membawa Kelantan memenangi kejuaraan ‘treble’ pada tahun 2013 dan juga turut membawa  JDT menjuarai Liga Super 2014.





Tahun lalu, Bojan telah dilantik menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) pasukan Pulau Pinang dan berjaya membantu pasukan tersebut mengatasi zon penyingkiran untuk kekal dalam Liga Super 2017.

Nama Hodak juga pernah disebut-sebut sebagai antara calon yang bakal membimbing skuad kebangsaan satu ketika dahulu dan beliau sendiri secara peribadi turut menyatakan minat untuk mengendalikan skuad negara.

Diharapkan kepakaran yang dimiliki Bojan Hodak dapat digunakan sepenuhnya bagi mewujudkan pasukan B-19 tahun yang lebih berkualiti selepas ini.

semuanyabola