Juara Kumpulan H, Malaysia Layak Ke Kejohanan AFC B-23 2018 Di China
Skuad bawah 22 tahun (B-22) negara buat kali pertama mengesahkan kelayakan untuk beraksi dalam Kejohanan AFC B-23 di China tahun depan selepas menjuarai Kumpulan H saingan kelayakan di Thailand, hari ini.
Malaysia menduduki tangga teratas kumpulan itu selepas perlawanan terakhir di antara Thailand dan Indonesia terikat 0-0, sebentar tadi.
Terdahulu pada petang tadi, skuad muda negara meraih kemenangan menewaskan Mongolia 2-0 di Stadium Supachalasai, hasil jaringan N. Thanabalan dan Syazwan Andik.
Sebelum itu, Malaysia mengalahkan Indonesia 3-0 pada Rabu dan tumpas kepada Thailand 3-0, kelmarin.
Sebanyak 40 negara yang dibahagikan kepada 10 kumpulan bersaing, dengan juara dan enam naib juara terbaik akan melayakkan diri ke pusingan akhir di China, dari 9 hingga 17 Februari tahun depan.
Antara pasukan yang telah layak ke pusingan Akhir AFC Cup 2018 ialah
Uzbekistan
Australia
Korea Utara
Malaysia
Thailand
Korea Selatan
Vietnam
China
Oman
Sebanyak 7 tempat lagi akan ditentukan apabila perlawanan kelayakan tamat.