Champions Cup : Manchester United Tewaskan Real Madrid

The United and Madrid players walk out onto the pitch ahead of kick-off at the Levi's Stadium in San Francisco

MANCHESTER United berjaya menewaskan Real Madrid dalam perlawanan pra-musim melalui penentuan penalti selepas permainan terikat 1-1 dalam saingan Piala Juara-Juara Antarabangsa awal pagi ini.

Sebelum itu, United terlebih dahulu di depan apabila Anthony Martial berjaya melepaskan diri daripada kawalan empat pertahanan Real sebelum Jesse Lingard mudah menolak masuk bola hantarannya.

England winger Lingard celebrates with Martial, whose fine work created the first goal of the pre-season fixture

Bagaimanapun, harapan penyokong untuk melihat United menang mudah tidak kesampaian apabila Victor Lindelof menjatuhkan Theo Hernandez dan membolehkan Casemiro menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti.

Permainan yang tamat dengan kedudukan -1-1 memaksa penentuan dilakukan menerusi sepakan penalti.





Meskipun kedua-dua pasukan dibarisi pemain bertaraf bintang, namun nasib ketika sepakan penalti tidak begitu baik apabila Martial gagal menyempurnakan sepakan pertama buat United.

Malang sama bertukar kepada Real, sebelum United berjaya menamatkan keseluruhan permainan dengan kemenangan berpihak kepada skuad bimbingan Jose Mourinho.