Jangan Tutup Pintu Skuad B-22 – Safawi Rasid

Image result for Safawi Rasid

Kuala Lumpur: Penyerang muda Johor Darul Ta’zim (Johor DT), Safawi Rasid berharap pintu menyertai skuad Bawah 22 Tahun (B-22) negara tidak tertutup sekalipun gagal menyahut panggilan Datuk Ong Kim Swee untuk beraksi pada pertandingan kelayakan Piala Asia B-23, di Bangkok, yang berakhir, kelmarin.

Safawi, 20, berkata, dia sudah bersedia untuk memerah keringat bagi mengukuhkan cabaran skuad remaja negara demi memastikan pingat emas bola sepak Sukan SEA Kuala Lumpur bulan depan menjadi milik skuad nehara.

Malah pemain yang berasal dari Terengganu itu yakin kelabnya, Johor DT akan memberi lampu hijau untuk beraksi di Sukan SEA memandangkan temasya dwitahunan itu tidak bertembung dengan liga tempatan.





“Saya memang ingin bersama pasukan kebangsaan ke Bangkok namun perlu akur dengan komitmen bersama kelab serta menghormati keputusan pengurusan,” ujarnya.

“Begitupun untuk Sukan SEA, saya yakin kelab akan memberi pelepasan kerana liga akan berehat sepanjang temasya itu.

“Saya memang bersemangat serta bersedia untuk beraksi bersama skuad Sukan SEA apatah lagi kita menjadi tuan rumah.

“Saya harap Datuk Ong tidak menutup pintu kepada saya serta rakan yang gagal memenuhi panggilan beliau baru-baru ini,” ujarnya.