Morata Buat Penampilan Sulung Bersama Chelsea

Image result for morata chelsea bayern

SINGAPURA 26 Julai – Bintang baharu Chelsea, Alvaro Morata membuat penampilan sulung bersama Chelsea ketika juara Liga Perdana Inggeris itu tewas 2-3 dalam aksi pra musim menentang Bayern Munich di Singapura.

Penyerang Sepanyol itu menyertai Chelsea dengan nilai perpindahan mencecah 80 juta Euro (RM399 juta) dimasukkan sebagai pemain gantian ketika perlawanan berbaki 30 minit namun aksi Thomas Muller dalam perlawanan itu menenggalamkannya.

Ketika masa depannya bersama Bayern menjadi tanda tanya ekoran kehadiran James Rodriguez, Muller menampilkan aksi luar biasa dengan meledak dua gol dalam perlawanan itu.





Gergasi Jerman itu hanya memerlukan enam minit untuk meraih gol pertama menerusi percubaan jarak jauh Rafinha.

Muller kemudian menjaringkan gol menerusi sepakan voli selepas menerima hantaran daripada Franck Ribery sebelum sekali lagi meledak gol untuk jaringan ketiga Bayern.

Separuh masa kedua menyaksikan Chelsea mengurangkan defisit jaringan menerusi Marcos Alonso dan Michy Batshuayi.- AFP