Kylian Mbappe Bakal Bermain Bersama Bintang Pujaannya

01 July 2013 : fourteen year old Kylian Mbappe at home in his bedroom adorned with photos of Real Madrid, in Bondy, a suburb of Paris. SEE MINIMUM FEE INSTRUCTION

SIAPA sangka sewaktu usianya masih remaja 14 tahun, dinding bilik tidur Kylian Mbappe dipenuhi gambar-gambar Cristiano Ronaldo.

Penyerang kelahiran Perancis ini mungkin akan berkongsi bilik persalinan yang sama dengan idolanya pada musim akan datang.

Ia susulan hasrat Real Madrid untuk mendapatkan Mbappe dari kelab Monaco pada musim panas ini.

Jika perpindahan tersebut berlaku, ia menunjukkan perjalanan Mbppe dalam tempoh empat tahun dari seorang peminat kepada rakan pasukan Ronaldo.





Gambar-gambar Ronaldo yang terpampang di bilik tidur di kediamannya di Bondy, pinggir Paris semasa usinya 14 tahun menunjukkan sokongannya kepada bintang Real Madrid itu.

Terdahulu, dilaporkan Real Madrid sedia menjual pemain termahal kelab itu, Gareth Bale bagi menjana dana untuk membeli Mbappe. – Mail Online