Fellaini amat penting buat saya- Mourinho

Image result for Fellaini

MANCHESTER 31 Julai – Pengendali Manchester United, Jose Mourinho menafikan spekulasi mengenai Marouane Fellaini akan meninggalkan kelab itu untuk berhijrah ke Galatasaray.

Tegas Mourinho menyatakan bahawa peluang adalah lebih besar untuk dia menyertai kelab bola sepak Turki itu berbanding pemain tengah Belgium tersebut.





Pengarah Galatasaray, Cenk Urgin menyuarakan hasrat mereka untuk mendapatkan pemain berusia 29 tahun itu bagi memantapkan pasukan.

Bagaimanapun, Mourinho menjelaskan Fellaini akan kekal dalam kelab di bawah pimpinannya.

“Adalah lebih mudah bagi Galatasaray untuk mendapatkan saya berbanding Fellaini, lupakanlah…Dia amat penting buat saya.” katanya. – AGENSI