FAM Selesaikan Isu Tunggakan Gaji Lima Bekas Jurulatih B-22
Isu berhubung tuntutan baki gaji bekas jurulatih-jurulatih Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) – Hassan Sazali Waras, Reuben Jude, Aminuddin Hussin, Megat Amir Faisal Ibrahim dan Mashidee Sulaiman telah pun diselesaikan selepas satu perjumpaan khas diadakan di Wisma FAM, Kelana Jaya, hari ini.
Isu ini menjadi perbualan setelah pihak media melaporkan bahawa 5 jurulatih iaitu penolong kepada Frank Bernhardt masih menunggu maklum balas daripada FAM berkenaan rayuan pampasan setelah dipecat dari jawatan apabila FAM mengubah tampok pentadbiran.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia Dato Hamidin mewakili pihak FAM dalam perjumpaan tersebut.
Penyelesaian dan keputusan yang telah dibuat hari ini turut telah mendapat perkenan Presiden FAM, DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim yang gembira kerana isu ini tidak perlu dipanjangkan lagi.
Sumber FAM