Kehadiran Rodriguez suntik semangat Muller

Image result for muller Rodriguez

MUNICH 1 Ogos -Penyerang Bayern Munich, Thomas Muller tidak melihat kehadiran James Rodriguez ke juara Jerman itu sebagai satu pencabar, sebaliknya menjadikan sebagai pencetus semangat untuknya memperbaiki rekod jaringan peribadi.

Tanpa ada perasaan tercabar dengan kehadiran James serta Corentin Tolisso dari Olympique Lyon, Muller yakin mereka mampu beraksi bersama dan akan menjalankan tanggungjawab serta tugas yang diberikan oleh pengurus, Carlo Ancelotti.





“Mereka berdua mempunyai perwatakan yang menarik serta kualiti yang tinggi. Ia dapat dilihat setiap kali waktu latihan jadi ia lebih kepada bekerjasama berbanding bersaing antara satu sama lain.

“Tidak kira sama ada saya penjaring gol atau penggerak serangan tetapi yang pasti, saya mahu membantu pasukan,” kata Muller. – AGENSI