Marcos Antonio Berehat Panjang Hingga Habis Musim

Image result for Marcos Antonio jdt

Pemain import Johor Darul Ta’zim (JDT), Marcos Antonio, akan terlepas baki saingan Liga Malaysia musim ini selepas disahkan perlu menjalani pembedahan bagi kecederaan lutut kirinya.

Pertahanan dari Brazil itu mengalami kecederaan anterior cruciate ligament (ACL) pada lutut kirinya ketika saingan Liga Super menentang Perak pada Rabu lepas.

Marcos akan menjalani pembedahan itu di Portugal dan bakal terlepas kesemua aksi Liga Super dan Piala Malaysia kerana perlu mengharungi proses pemulihan selepas itu.





“Marcos mempunyai watak yang luar biasa dan benar-benar profesional di dalam dan luar padang.

“Kami di JDT mengharapkan pemulihan yang pantas buat salah seorang pemain paling berjaya dan digemari dalam sejarah kelab ini,” kata satu kenyataan dalam laman Facebook Johor Southern Tigers.

Khabar angin juga bertiup kencang bahawa khidmat Marcos tidak diperlukan lagi oleh JDT.