Pahang Lepas Geram Ratah PKNP – Joseph

Image result for Joseph Kalang Tie

Joseph Kalang Tie dan Pahang tidak berselindung dengan niat menjadikan PKNP mangsa lepas geram susulan kemenangan 6-0 di Kuantan untuk menyelamatkan kempen Piala Malaysia mereka.

Selepas satu kekalahan dan tiga seri dalam saingan Kumpulan A, Pahang menyedari mereka perlu mengucapkan selamat tinggal kepada perebutan Piala Malaysia musim ini seandainya tewas kepada PKNP.

Pahang enggan mengibarkan bendera putih sebaliknya mempamerkan persembahan yang mantap dengan berjaya meledak tiga gol di separuh masa pertama, jaringan telah dihasilkan oleh Wan Zaharul Nizam dan Joseph berjaya mencipta dua gol.

Wan Zaharulnizam menjadikan kedudukan 4-0 selepas tujuh minit permainan bersambung sebelum jaringan Afif Amiruddin dan Matheus Alves mengesahkan kemenangan 6-0 Pahang di laman sendiri.




 


“Kami mahu cuba memberikan yang terbaik untuk Pahang, tiga mata di Kuantan memastikan kami dapat terus beraksi dalam saingan Piala Malaysia,” kata Joseph.

Penolong ketua jurulatih Pahang, Ahmad Shaharuddin Ahmad Rosdi sama sekali tidak menyangka anak buahnya bukan sahaja menyempurnakan setiap peluang di depan gawang malah turut beraksi cemerlang mengawal kubu sendiri.

Pahang memutlakkan kemenangan 6-0 menerusi tiga lagi jaringan pada separuh masa kedua, bekalan semangat untuk mengharungi aksi akan datang.

“Kami tidak menjangkakan kemenangan besar berjaya dihasilkan. Ia merupakan satu kemenangan yang mampu meningkatkan semangat pasukan untuk menghadapi perlawanan berikutnya,” kata Shaharuddin.

stadiumastro