Jersi Francesco Totti Ke Angkasa Lepas
ROM 3 Ogos – Roma telah memberikan penghargaan buat legenda kelab itu, Francesco Totti apabila melancarkan jersi terakhir pemain itu ke angkasa.
Totti berusia 40 tahun menghabiskan 24 tahun kariernya sebagai pemain bola sepak bersama kelab Itali itu sebelum bersara pada Mei lalu.

Penyerang itu telah menjaringkan 307 gol dalam 786 penampilannya bersama kelab itu sejak berusia 16 tahun pada 1993 dan telah memenangi satu gelaran Serie A.
Totti bakal mengalas tugas sebagai pengarah kelab Itali tersebut. – AGENSI