Arsenal Muncul Juara Perisai Komuniti

The victory was Arsenal's second over Chelsea at the national stadium this year following the FA Cup final in May

Thibaut Courtois dan Alvaro Morata gagal menyempurnakan sepakan penalti masing-masing tatkala Arsenal muncul juara Perisai Komuniti selepas menewaskan Chelsea 4-1 menerusi penentuan sepakan penalti.

Courtois tampil untuk tendangan kedua selepas rakan sepasukan, Gary Cahill menyempurnkan sepakan pertama namun tendangan penjaga gol Belgium itu melambung tinggi.

Ketinggalan 2-1 hasil sepakan penalti Theo Walcott dan Nacho Monreal, penyerang terbaru The Blues, Alvaro Morata — pembelian bernilai GBP70 juta (RM390 juta) daripada Real Madrid — dipertanggungjawabkan untuk mengambil sepakan ketiga namun tendangannya tersasar ke kiri tiang gol.

Alex Oxlade-Chamberlain menyempurnakan sepakan ketiga The Gunners sebelum penyerang Perancis, Olivier Giroud mengesahkan kemenangan dengan tendangan keempat.

Ketika perlawanan berlangsung, Chelsea membuka tirai jaringan seminit selepas babak kedua bermula menerusi pemain sayap, Victor Moses.





Kedudukan 1-0 kekal sehingga minit ke-80 sebelum Chelsea terpaksa beraksi dengan 10 pemain setelah kehilangan Pedro Rodriguez yang dilayangkan kad merah selepasi mengasari Mohamed Elneny.

Selang beberapa minit, bek kiri Arsenal, Sead Kolasinac — yang menyertai secara percuma daripada FC Schalke — berjaya menyamakan kedudukan sekaligus membawa ke penentuan sepakan penalti.

Arsenal hampir meledak gol awal menerusi percubaan pemain penyerang, Alexandre Lacazette namun percubaan pemain bernilai GBP46 juta (RM256 juta) sekadar singgah ke tiang gol.

Meskipun tanpa kelibat perancang utama, Mesut Ozil dan penyerang, Alexis Sanchez, gandingan Lacazette, Danny Welbeck serta Alex Oxlade tampah berkesan.

Fakta Opta:

– Ini adalah kali ketiga Arsenal berdepan situasi sepakan penalti dalam Perisai Komuniti setelah tewas dalam dua pertemuan sebelum ini berdepan Manchester United pada 1993 dan 2003.

– Kad merah Pedro dan gol penyamaan Kolasinac hanya dipisahkan dengan 82 saat.

– Kolasinac menjadi pemain pertama untuk membuka tirai jaringan buat Arsenal dalam Perisai Komuniti sejak Gilberto Silva pada 2002.

– Moses meledak gol pertamanya buat Chelsea selepas 27 perlawanan dalam semua kejohanan sejak November 2016.

Ini adalah kejuaraan ketiga Perisai Komuniti buat anak buah Arsene Wenger dalam tempoh empat tahun.