Saya Patut Berbangga Berpeluang Sarung Jersi Harimau Malaya – Kiko Insa

Image result for Kiko Insa pahang

Pemain tengah Pahang, Kiko Insa, mengakui sukar membuat keputusan untuk menyarung jersi Harimau Malaya, namun berbuat demikian setelah menganggap peluang sedemikian hanya datang sekali seumur hidup.

Insa mencuri tumpuan apabila namanya berada dalam senarai terbaru 24 pemain skuad Harimau Malaya bimbingan Nelo Vingada.

Pemain kacukan kelahiran Sepanyol ini mempunyai kerakyatan Malaysia kerana neneknya berasal dari Kuala Lumpur.





Membuat keputusan menyertai skuad negara, ia juga bermakna Insa tidak boleh mewakili negara asalnya selepas ini.

“Saya sudah memberitahu rakan-rakan, para peminat dan pemain-pemain lain, ia adalah sesuatu yang hebat apabila anda dapat bermain untuk negara lain.

“Ia satu pengalaman hebat dan peluang ini hanya datang sekali. Saya sepatutnya bangga apabila dapat menyarung jersi kebangsaan,” kata Insa.