Pep Guardiola Berterima Kasih Kepada Pemilik Manchester City

Pep Guardiola mengucapkan terima kasih kepada pemilik Manchester City kerana berjaya membawa masuk pemain berkualiti selepas menyaksikan pasukannya melakar kemenangan 2-0 ke atas Brighton and Hove Albion, lewat malam tadi.

Selepas ketinggalan 15 mata di belakang juara, Chelsea, musim lalu, City memulakan misi perbelanjaan besar-besaran bagi memantapkan pasukan.

Kyle Walker, Bernardo Silva, Danilo, Benjamin Mendy dan Ederson tiba di Etihad dengan jumlah pembelian mencecah GBP200 juta (RM1.1 bilion).





City memulakan kempen baru dengan kemenangan hasil sumbangan Sergio Aguero dan gol sendiri Lewis Dunk.

“Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada kelab ini kerana dalam tempoh empat hingga lima tahun akan datang, kami memiliki ramai pemain muda berbakat,” katanya.

“Musim lalu kami memiliki Leroy Sane dan Ilkay Gundogan tetapi musim ini kami memiliki Bernardo, Danilo, Mendy dan Kyle — mereka mampu beraksi sehingga lima tahun akan datang. Jadi terima kasih keapda mereka yang berkerja keras untuk City, kita memiliki pasukan yang mantap.

“Saya mahu meneruskan apa yang kami lakukan dalam tiga aksi pra-musim. Paling penting adalah memenangi aksi pertama.”