Lazio Benam Juventus, Julang Piala Super Itali

A late goal from Lazio substitute Alessandro Murgia snubbed Juventus' late comeback attempt

ROME 14 Ogos – Lazio melakar kejutan apabila menumpaskan Juventus buat kali pertama dalam tempoh empat tahun menerusi kemenangan 3-2 dalam saingan Piala Super Itali hari ini, dengan gol kemenangan diledak oleh pemain gantian Alessandro Murgia pada masa kecederaan.

Ciro Immobile meletakkan Lazio berkelebihan 2-0 menerusi sepakan penalti dan tandukan, masing-masing pada minit ke-31 dan 52.




Kelebihan tersebut bagaimanapun tidak bertahan lama apabila penyerang Juve Paulo Dybala menyamakan kedudukan buat juara Serie A dan Piala Itali itu hasil sepakan bebas pada minit ke-85, diikuti penalti minit terakhir daripadanya.

Gonzalo Higuain battles for the ball with Stefan de Vrij as Juventus trail by two goals to Lazio 

“Pasukan saya berhak meraih kemenangan ini. Mereka bermain dengan sangat cantik dan berhak menjulang trofi di hadapan penyokong sendiri.

“Dengan kemenangan ini diharap ia dapat menyuntik semangat dan motivasi kami untuk terus berjuang pada perlawanan berikutnya,” ujar jurulatih Lazio Simone Inzaghi.- AFP