Manchester United Bermula Cemerlang Di Old Trafford
ROMELU Lukaku menjaringkan gol dalam kemunculan pertamanya buat Manchester United dengan kemenangan selesa 4-0 ke atas West Ham di Old Trafford, awal pagi Isnin.
Dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris itu, Lukaku melakukan dua jaringan pada minit ke-33 dan 52′.
Lukaku menyertai Manchester United pada musim panas ini dengan bayaran yang boleh mencecah sehingga £90 juta (RM502.9 juta).
Pemain kelahiran Belgium itu hanya mengambil masa 35 minit untuk memberikan gol pembukaan buat Manchester United.

Dua lagi jaringan dicatatkan oleh Anthony Martial dan Paul Pogba, masing-masing pada minit ke-87 dan 90′. – eurosport