Ronaldo Ejek Messi, Real Benam Barcelona Di Nou Camp

Lionel Messi and Cristiano Ronaldo ... spot the difference

Berusaha untuk mengatasi Lionel Messi, Cristiano Ronaldo mengejek seterunya itu dengan menayangkan jersi Real Madrid ketika membantu pasukannya meraih kemenangan 3-1 dalam aksi pertama Piala Super Sepanyol.

Real mendahului perlawanan hasil jaringan sendiri daripada pertahanan Barca, Gerard Pique, sebelum Messi menyamakan kedudukan selepas Luis Suarez berjaya memenangi sepakan penalti.

Real Madrid's Cristiano Ronaldo, right, reacts after Referee Ricardo de Burgos.

Ronaldo hadir ke dalam perlawanan ini sebagai pemain gantian dan berjaya meledak gol kedua Real bagi menjadikan kedudukan 2-1, menanggalkan jersinya dan menayangkannya kepada penyokong pasukan tuan rumah.

Pemain berusia 32 tahun itu meniru aksi sambutan gol yang dilakukan oleh Messi di Santiago Bernabeu musim lalu ketika membantu pasukan meraih kemenangan 3-2 dalam saingan LaLiga.




 

Perbuatan Ronaldo itu telah memakan dirinya apabila dilayangkan kad merah beberapa minit kemudian.

Selepas menerima kad kuning kerana menanggalkan jersi ketika perlawanan berbaki 10 minit, Ronaldo telah dilayangkan kad meraih kerana cuba melakukan simulasi untuk mendapatkan sepakan penalti.

Beraksi dengan 10 pemain, Real terus mempamerkan aksi ampuh dengan berjaya menambah satu lagi jaringan menerusi Marco Asensio.