Akhyar Rashid Permata Negara Yang Bakal Menyinar
Ramai peminat bola sepak Malaysia khususnya peminat Helang Merah tertunggu-tunggu aksi dari pemain muda mereka Muhammad Akhyar Abdul Rashid atau lebih kenali dengan panggilan Akhyar Rashid pada temasya Sukan SEA yang sedang berlangsung ketika ini.
Akhyar yang digelar Neymar berjaya mencuri perhatian walaupun dimasukkan hanya 6 minit sebelum permainan tamat ketika bertemu Singapura.