Aliko Dangote Mahu Pecat Wenger

Image result for Aliko Dangote wenger

LONDON – Pengurus Arsenal, Arsene Wenger akan dipecat sekiranya bilionair Nigeria, Aliko Dangote berjaya membeli kelab Liga Perdana England (EPL) tersebut.

Dangote, 60, yang memiliki kekayaan dianggarkan berjumlah £11 bilion (RM60.9 bilion) sudah bersedia memulihkan kegemilangan pasukan itu selepas kali terakhir menjuarai saingan EPL pada musim 2003-2004.

“Perkara pertama saya akan lakukan ialah mengambil pengurus baharu. Beliau (Wenger) sudah melakukan tugasnya dengan baik tetapi Arsenal memerlukan tuah orang baharu selepas ini,” katanya.

Wenger, 69, sudah menjuarai tujuh trofi Piala FA, tiga kejuaraan EPL dan satu gelaran naib juara Liga Juara-Juara sejak menyertai Arsenal pada 1996.





Pengendali dari Perancis itu menandatangani kontrak lanjutan dua tahun penghujung musim lepas biarpun The Gunners meraih tempat kelima dan terlepas slot Liga Juara-Juara musim ini buat kali pertama di bawah kendaliannya.

Pembelian ‘mesin gol’ Lyon, Alexandre Lacazette membuktikan Wenger benar-benar serius untuk memburu kejuaraan EPL musim ini dengan membuka langkah kanan hasil kemenangan 4-3 ke atas Leicester City minggu lepas.

Wenger tentunya mengharapkan Lacazette mampu terus meledak gol seperti dilakukannya minggu lepas pada perlawanan kedua menentang Stoke City di Stadium bet365 awal pagi esok. – Agensi