Sterling Selamatkan City Selepas Everton Mendahului Dengan Gol Ke 200 Rooney

Rooney got on the end of Dominic Calvert-Lewin's pull-back and watched as his first-time effort trickled over the line

Ronald Koeman mengakui sukar untuk membendung kekecewaannya hasil keputusan seri 1-1 Everton dengan Manchester City selepas mendahului separuh masa pertama ketika berdepan 10 pemain dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), awal pagi tadi.

Wayne Rooney mencetak gol ke-200 peribadinya sebelum kad merah Kyle Walker menyusul, namun Everton gagal mempertahankan kelebihan itu apabila Raheem Sterling menyamakan kedudukan, lapan minit menuju waktu penamat.

Morgan Schneiderlin turut dibuang padang pada penghujung permainan dan Koeman sedar ia bukan keputusan terbaik buat pasukannya.

“Saya kecewa,” katanya kepada Sky Sports.

“Mungkin saya boleh terima dengan cadangan kalau sebelum sepak mula kami akan meraih satu mata, tetapi adalah sukar menerimanya ketika kami mendahului 1-0 pada separuh masa pertama dan menentang 10 pemain.

“Meskipun kekurangan seorang pemain, skuad City memiliki bakat besar. Mereka mampu menjadikan situasi begitu sukar. Kami berdepan masalah untuk menguasai bola dan kami menggunakan hantaran jauh terlalu cepat.

“Bagaimanapun, saya fikir kami menguasai permainan dengan baik — pada separuh masa pertama taktikal kami sangat hebat. Kami bekerja keras untuk meraih keputusan yang baik dan satu mata di City merupakan keputusan yang baik.”





Biarpun Everton memulakan aksi awal musim ini dengan cemerlang apabila tidak dibolosi dalam empat perlawanan terdahulu berikutan perbelanjaan besar dalam jendela perpindahan ini, Koeman masih menaruh harapan dalam pasaran pemain seandainya The Toffees mahu memberikan cabaran hebat musim ini.

“Kami mengintai seorang pemain pertahanan tengah berkaki kidal dan pemain gantian kepada Leighton Baines — tanpa Ramiro Funes Mori, kami tidak mempunyai pengganti,” tambahnya.

Schneiderlin was sent off late in the contest after sliding in on Aguero, ensuring both sides ended with 10 men

“Itulah pilihan yang ada, begitu juga dengan penyerang. Walaupun kami memiliki Dominic dan Ramirez, tetapi lihatlah skuad lain — mereka mempunyai bilangan pemain yang ramai.

“Jika kami mahu melangkah ke tahap seterusnya, kami juga perlukan seorang lagi penyerang.

Sementara itu Pep Guardiola berkata semangat juang Manchester City ketika mencatat keputusan seri 1-1 dengan Everton awal pagi tadi merupakan salah satu hari yang membanggakan dalam hidupnya.

City menghabiskan sepanjang separuh masa kedua dengan 10 pemain selepas Kyle Walker secara kontroversi dibuang padang sebelum waktu rehat dan skuad bimbingan Guardiola itu terpaksa mengejar kedudukan susulan jaringan Wayne Rooney pada minit ke-35.

Namun, City bangkit untuk meraih satu mata di Stadium Etihad dengan Raheem Sterling menyelamatkan maruah tuan rumah ketika permainan berbaki lapan minit, lalu membuatkan Guardiola sangat berbangga.

“Kami mahu meraih kemenangan, namun pada akhirnya kami perlu menilai persembahan kami,” katanya kepada Sky Sports.

“Ia merupakan salah satu hari yang membanggakan dalam hidup saya melihat permainan kami, 10 pemain menentang 11 pemain Everton. Mereka sebuah pasukan Liga Europa yang mempunyai pemain berkualiti tinggi.

“Ia bukan mudah, namun kami telah mencuba dan terlepas beberapa peluang biarpun menentang 11 pemain.”