Tawaran Tinggi Dari PSG, Monaco Lepaskan Kylian Mbappe

Image result for Kylian Mbappe psg

MONACO dilapor menerima bidaan sebanyak £138 juta termasuk pertukaran pemain bagi melepaskan  Kylian Mbappe.

Tawaran daripada Paris Saint-Germain (PSG) sukar untuk ditolak Monaco dan urusan pemindahan dipercayai akan berlaku pada minggu ini.

Mbappe, 18, menjadi perhatian selepas menjaringkan 15 gol pada musim lalu dan tampil sebagai pemain paling muda menjaringkan gol pada saingan Liga Juara-Juara Eropah.





Kelincahan pemain tersebut turut menarik perhatian Manchester City dan Arsenal yang menunjukkan kesungguhan bagi mendapatkan khidmatnya.

Menerusi perpindahan berkenaan, PSG dijangka membarisi jentera serangan yang licah dengan gandingan Neymar dan Mbappe.

Walaupun bakal menerima pemain bertaraf bintang, namun PSG turut tertekan dengan kehilangan ramai pemain.

Hatem Ben Arfa, Grzegorz Krychowiak, Lucas Moura dan Julian Draxler antara pemain yang akan meninggalkan PSG sebelum September ini.