Barcelona Buru Marcus Rashford Ganti Suarez

Image result for rashford to barcelona

SELEPAS melengkapkan perpindahan Ousmane Dembele, Barcelona kini dilaporkan berusaha untuk mendapatkan khidmat penyerang Manchester United, Marcus Rashford.

Kelab gergasi La Liga itu dilaporkan bersedia membawa masuk pemain berusia 19 tahun itu pada musim panas akan datang sebagai pengganti Luis Suarez.

Luis Suarez dibenarkan berpindah pada jendela perpindahan akan datang.

Menurut laporan Don Balon, Ernesto Valverde berusaha untuk memperkukuhkan jentera serangan Barcelona selepas pemergian Neymar ke Paris Saint-Germain.






Namun, jika Barcelona mahu mendapatkan khidmat pemain kebangsaan England itu, mereka perlu berbelanja besar memandangkan Rashford dianggarkan bernilai 185 juta pound sterling.

Rashford mempamerkan prestasi cemerlang pada awal musim ini bersama United dan Jose Mourinho pastinya enggan melepaskan tonggak utama pasukan itu.