Atletico Madrid,Chelsea Mengadakan Rundingan lanjut Bayaran Diego Costa

Diego Costa

ATLETICO Madrid dan Chelsea mengadakan rundingan lanjut pada Rabu berhubung bayaran kompromi buat Diego Costa.

Seorang peguam dari Sepanyol yang mewakili Chelsea difahamkan telah mendengar cadangan Atletico mengenai bayaran dianggarkan £39 juta (RM215 juta) dengan tambahan £10 juta (RM55 juta).

Costa menjadi rebutan Everton, Las Palmas dan Besiktas bagi pinjaman jangka pendek sehingga beliau didaftarkan untuk bermain di Atletico Madrid pada Januari.

Penyerang kelahiran Brazil itu pernah menyuarakan hasrat untuk meninggalkan Stamford Bridge.





Costa mendedahkan bahawa menerima pesanan teks daripada pengurus Antonio Conte bahawa beliau bukan lagi menjadi sebahagian rancangan Conte.

Pemain berusia 28 tahun itu menegaskan bahawa satu-satunya kelab yang akan disertainya adalah bekas kelabnya Atletico Madrid. – Mail Online