Liverpool telah membentuk Coutinho dengan baik – Ferguson

Image result for Alex Ferguson coutinho

Alex Ferguson meluahkan rasa simpatinya terhadap Liverpool berkenaan dengan isu perpindahan Philippe Coutinho

Coutinho tidak membuat penampilan bersama Liverpool musim ini setelah membuat permohonan untuk berhijrah dalam percubaan untuk menyertai Barcelona, meskipun The Reds dilaporkan telah pun menolak tiga tawaran daripada kelab gergasi Sepanyol itu.

Pemain berusia 25 tahun itu bakal beraksi bersama Brazil dalam aksi kelayakan Piala Dunia berdepan Ecuador dan Colomboa dalam minggu akan datang meskipun tidak beraksi bersama Liverpool atas alasan tidak sihat.

Bagaimanapun, dakwaan doktor di Brazil bercanggah dengan laporan itu apabila mengatakan pemain itu hanya mengalami tekanan.

Susulan perpindahan Neymar dan Ousmane Dembele yang telah berhijrah dengan bayaran tinggi meskipun terikat dengan kontrak jangka panjang bersama Barcelona dan Borussia Dortmund, bekas pengendali Manchester United, Ferguson percaya amat penting untuk setiap pasukan menguruskan pemain utama mereka.

“Perlunya pengurusan yang tegas dalam mengendalikan situasi seperti ini. Sebahagian daripada tugas sebagai jurulatih adalah untuk mendidik pemain agar mereka memiliki sifat bertanggungjawab terhadap apa yang mereka lakukan,” kata Ferguson di Forum Jurulatih Elit UEFA yang diadakan di Nyon.

“Tetapi dalam sesetengah kes, perkara itu sukar untuk dilakukan. Agak mengecewakan kerana saya pasti dalam kes Liverpool, mereka telah menjalankan tugas baik dengan membentuk Coutinho pemain yang hebat hari ini.

“Jadi ia agak mengecewakan apabila kamu terpaksa menangani isu ketidaktentuan pemain itu ketika jendela perpindahan pemain sedang berjalan.

“Jika jendela perpindahan ditutup pada Julai, Coutinho akan terus beraksi bersama Liverpool lantas senario itu akan berakhir.





“Kami mencadangkan agar jendela perpindahan pemain ditutup sebelum musim baru bermula supaya semua pasukan tahu pemain apa yang mereka dapat daripada cuba menanti apakah keputusan perlawanan musim baru.”

Sementara itu, salah seorang pengurus yang menarik perhatian Ferguson ketika ini adalah pengendali Manchester United kini, Jose Mourinho.

Bekas pengurus Chelsea, Inter dan Real Madrid itu mengutip kejayaan Piala EFL dan Liga Europa dalam musim pertamanya di Old Trafford dan Ferguson kagum dengan fokus jurulatih itu terutamanya dalam mengesahkan slot ke Liga Juara-Juara.

“Jose mengambil peluang itu ketika mereka (UEFA) menganugerahkan slot Liga Juara-Juara kepada juara Liga Europa,” katanya.

“Selepas dia sedar peluang meraih kejuaraan liga semakin terkubur, dia terus mengalihkan perhatian ke Liga Europa.”