England Tewaskan Slovakia, Alli Bakal Hadapi Tindakan Disiplin

DELE Alli dipaksa untuk memohon maaf selepas dilihat melakukan isyarat tidak senonoh ketika kemenangan England 2-1 ke atas Slovakia di Wembley.

Perbuatan Alli ketika itu dilihat seolah-olah menujukan isyarat tersebut kepada pengadil Perancis, Clement Turpin, namun bintang Tottenham itu berkeras sebenarnya dia menujukan isyarat berkenaan sebagai gurauan kepada rakan sepasukan Kyle Walker.

Alli menulis di Twitter: “Saya hanya nak menjelaskan, isyarat malam ini adalah gurauan antara saya dan kawan baik saya, Kyle Walker! Saya minta maaf jika ada yang tersinggung!”





Gambar yang dirakam melalui televisyen menunjukkan Alli benar-benar memaksudkan kata-kata tersebut.

Namun, Fifa menegaskan bahawa isyarat itu ditujukan kepada pengadil dan ia akan menyebabkan Alli berisiko digantung untuk tiga perlawanan.

Ia termasuk dua perlawanan akhir kelayakan menentang Slovenia dan Lithuania serta perlawanan pertama Piala Dunia musim depan  sekiranya England layak.

Pada Jun, Lionel Messi juga dilarang untuk beraksi dalam empat perlawanan kerana menghina pembantu pengadil.

Ini menunjukkan Fifa benar-benar menganggap perbuatan seumpama itu adalah serius. – Daily Mail