Gagal Ke Barcelona, Continho kembali ke Anfield

Image result for Philippe Coutinho klopp

Pemain tengah Liverpool, Philippe Coutinho (gambar) kembali jalani latihan selepas gagal berpindah dari kelab gergasi Inggeris itu.

Bintang Brazil itu menghantar permohonan perpindahan tetapi Reds berkali-kali menghalang cubaan Barcelona memancing pemain itu ke Nou Camp.

Coutinho masih belum beraksi bersama Liverpool musim ini kerana kecederaan belakang tetapi menyertai skuad kebangsaan untuk kelayakan Piala Dunia dengan membuat dua penampilan sebagai pemain simpanan berdepan Ecuador dan Colombia dan menjaringkan gol.

Pengurus Liverpool, Juergen Klopp berkata yang tiada rasa marah daripada kedua belah pihak dan mungkin Countinho akan beraksi ketika menentang Manchester City.




“Sudah tentu – semuanya bagus, semuanya bagus. Tiada apa yang perlu dikatakan, sebenarnya dia sudah kembali dan kami sudah berbincang, semuanya bagus,” Kata Klopp.

“Kami sentiasa ada keputusan yang sama untuk dibuat: ‘Adakah dia perlu latihan atau bolehkah dia bermain?’ dan semua perkara itu.





“Benar, dia perlu melakukan lebih daripada yang lain tetapi dia hadir dengan semangat baru dan kelihatan sungguh meyakinkan.”

Coutinho kembali dengan jet persendirian kelmarin bersama rakan sepasukan Roberto Firmino, trio Manchester City Ederson, Fernandinho dan Gabriel Jesus serta pemain Chelsea, Willian.