Zidane tidak boleh bayang LaLiga tanpa Barcelona

Pengendali Real Madrid, Zinedine Zidane, berkata beliau tidak boleh membayangkan Barcelona meninggalkan LaLiga jika Catalonia mencapai kemerdekaan.

Parlimen Catalan telah merancang untuk untuk mengadakan referendum pada 1 Oktober ini sama ada wilayah itu harus berpisah dari Sepanyol walaupun mahkamah negara telah menyekat rancangan itu.




Jika perkara ini berjaya dilaksanakan, Barca dan Espanyol, yang bakal bertemu dalam aksi malam ini, berkemungkinan besar akan berpeluang untuk beraksi dalam saingan Ligue 1.

Tetapi Zidane berasakan ia akan menggugat taraf persaingan LaLiga dan beliau tidak boleh membayangkan Barcelona tidak beraksi di Sepanyol.





“Saya tidak boleh melihat Liga Sepanyol tanpa Barcelona. Itu sahaja yang dapat saya katakan sebagai peminat sukan boleh sepak.

“Saya tidak mahu terlibat dalam perkara ini kerana terdapat pihak yang mahu dan tidak mahu perkara ini dilaksanakan. Saya tidak dapat melihat Liga Sepanyol tanpa mereka.”

stadiumastro