Arsenal ikat Chelsea di Stamford Bridge

The Arsenal players surround referee Michael Oliver as he shows Luiz a red card for the reckless challenge on Sead Kolasinac

LONDON 17 Sept. – Arsenal menampilkan aksi luar biasa di tempat lawan selepas berjaya mengikat juara Liga Perdana Inggeris seri tanpa jaringan dalam aksi di Stamford Bridge, hari ini.

Selepas dikecewakan Stoke City dan dimalukan Liverpool, skuad kendalian Arsene Wenger menampilkan aksi luar biasa dengan melakukan serangan-serangan berbahaya ke kubu Chelsea.

Percubaan terbaik Arsenal hadir menerusi Aaron Ramsey namun rembatan derasnya gagal menghasilkan jaringan selepas terkena palang.




The Gunners hampir meraih kemenangan menerusi tandukan Shkodran Mustafi namun jaringan itu dibatalkan akibat ofsaid namun dalam aksi London Derby itu, Arsenal menampilkan aksi luar biasa.

Ketika penghujung perlawanan, Chelsea terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas pertahanan mereka, David Luiz dilayangkan kad merah selepas melakukan terjahan keras ke atas Sead Kolasinac.





Keputusan itu menyaksikan Arsenal berjaya menamatkan badi kekalahan lima kali berturut-turut kepada Chelsea di tempat lawan dalam saingan liga.

Selepas aksi itu, Arsenal kini menghuni kedudukan ke-12 dengan tujuh mata manakala Chelsea yang memiliki 10 mata berada di tangga ketiga liga. – REUTERS