VIDEO Neymar & Cavani Berebut Mengambil Sepakan, Pengurus PSG Mahu Sistem Giliran

Terlalu ramai bintang dalam satu pasukan tidak sentiasa dalam keadaana baik. Pemain bintang dengan ego besar, dan ego besar berpotensi melahirkan konflik.

Lihat saja insiden dalam liga 1 Perancis ketika Paris Saint-Germain bertemu Olympique Lyon pagi semalam.

Terjadi dua kali perebutan untuk membuat sepakan percuma dan penalti. Pertama tiga pemain Dani Alves, Edinson Cavani, dan Neymar “bersaing” untuk mengambil tendangan bebas. Seterusnya Cavani dan Neymar berebut untuk mengambil penalti di minit ke-79.




Bagaimanapun dua situasi bola mati tersebut gagal melahirkan gol. Untungnya PSG tetap berhasil memetik kemenangan 2-0 hasil dua gol sendiri Lyon, Marcelo dan Jeremy Morel.

“Penalti seharusnya ditendang oleh beberapa pemain, salah satunya Cavani dan pada kesempatan lainnya Neymar,” kata pelatih PSG Unai Emery.




 


“Memerlukan kesepakatan di padang untuk menendang penalti.”

“Selepas ini, kami akan mengatur secara internal untuk penalti-penalti yang akan datang, kerana saya fikir kedua pemain mampu mengambilnya, dan saya ingin keduanya saling bergantian dalam hal ini.”

“Jika tak ada kesepakatan, saya yang akan memutuskan. Saya tak mahu ini menjadi masalah untuk kami,” ujar Emery.