FAM Sambung Kontrak Kim Swee

Image result for kim swee tmj

JOHOR BAHRU 19 September – Kontrak Datuk Ong Kim Swee selaku pengendali skuad bawah 23 tahun negara akan dilanjutkan, kata Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tunku Mahkota Johor bagaimanapun tidak memaklumkan berapa lama kontrak Kim Swee akan disambung.




“Ong Kim Swee berminat untuk sambung dan FAM telah mempertimbangkan dan akan meneruskan kontrak tersebut.

“Berapa lama…mungkin setahun atau dua tahun, kita akan lihat,” katanya ketika diminta mengulas berhubung kontrak pengendali skuad bawah 23 tahun negara itu.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis memperkenalkan trofi baharu Liga Super Malaysia di sini sebentar tadi. – UTUSAN