Neymar Perlu Hormat Cavani – Diego Forlan

Image result for neymar cavani

Neymar tidak akan memperlakukan Lionel Messi dengan cara yang dia lakukan ke atas rakan sepasukan Paris Saint-Germain (PSG), Edinson Cavani, kata Diego Forlan.

Neymar dan Cavani bertelagah mengenai siapa yang sepatutnya mengambil sepakan penalti dalam kemenangan 2-0 pasukan mereka ke atas Lyon dalam perlawanan Ligue 1, Ahad lalu.



 

Cavani kesudahannya mengambil sepakan penalti itu tetapi menyaksikan sepakannya diselamatkan penjaga gol lawan, Anthony Lopes.

Forlan, bekas bintang Uruguay dan Atletico Madrid, berasakan rakan senegaranya, Cavani, berhak meraih lebih penghormatan, dengan menyatakan Neymar tidak akan memperlakukan yang sama ke atas Messi di Barcelona.

“(Cavani) berhak dihormati,” dia memberitahu Radio Sport 890.





“Dia telah menjaringkan gol dan mengambil sepakan penalti selama bertahun-tahun, harus ada rasa hormat terhadapnya.

“Neymar tidak akan melakukan yang sama terhadap Messi. Dia tidak mahukan Cavani mengambil sepakan penalti itu. Dia seperti seorang anak kecil yang menyakitkan hati rakannya.”

Presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi, bagaimanapun, menafikan wujud pertelingkahan di antara kedua-dua pemain tonggak itu.

Di sebalik pertelagahan mengenai sepakan penalti itu, PSG telah melakukan permulaan cemerlang terhadap musim ini – memenangi lapan perlawanan berturut-turut dalam semua pertandingan.