Manchester United Mahu Pemain Lagi, Peluang Sambar Griezmann

Image result for griezmann united

ED Woodward membayangkan Manchester United akan meneruskan aktiviti pembelian pemain bertaraf bintang pada jendela pemindahan pemain akan datang.

Bayangan itu diberikan selepas ketua eksekutif United itu mengakui pembelian pemain kali ini berbaloi dan menggembirakan.

Pada jendela pemain baru-baru ini, Jose Mourinho mendapatkan Romelu Lukaku, Nemanja Matic dan Victor Lindelof dengan perbelanjaan besar.




Pelaburan itu dianggap berbaloi apabila kehadiran pemain berkenaan memberi kesan dan meletakkan kembali United sebagai pasukan digeruni.

“Kami gembira kerana kelab ini telah menunjukkan kemajuan dengan kedudukan di Liga Perdana Inggeris sekarang.

“Kami juga gembira kerana pembelian pemian kali ini berbaloi. Kami percaya penambahan pemain ini akan lebih memantapkan pasukan.

“Kemasukan tiga pemain baru dan memperbaharui kontrak pemain sedia ada menunjukkan kami sedia mencabar setiap piala,” katanya.

Sementara itu persetujuan antara Chelsea dan Atletico Madrid terhadap Diego Costa seolah-olah memberi bayangan bahawa Manchester United boleh mencuba nasib untuk mendapatkan khidmat Antoine Griezmann.





Pemain kebangsaan Perancis itu hampir menyertai Red Devils pada musim panas lalu sebelum memutuskan untuk kekal bersama Atletico susulan sekatan perpindahan yang dikenakan terhadap kelab La Liga itu.

Sekatan itu hanya akan berakhir pada Januari depan.

Susulan persetujuan antara kedua-dua pasukan itu, Griezmann menyatakan rasa gembira dengan kepulangan semula Costa ke Vicente Calderon di Twitternya.

Griezmann yang menjaringkan satu gol musim ini mempunyai klausa pelepasan yang dianggarkan bernilai 92 juta pound sterling sekiranya jendela perpindahan pemain dibuka semula awal tahun depan.



mStar